Saturday, July 25, 2009

Rinduku pada mereka...

Mak apa yang mak tengah buat sekarang erk? Mak un ada banyak cerita yang nak bagitau kat mak. Kalaulah mak ada bersama-sama un sekarang nih, un nak sangat peluk mak kuat2. Tak nak biar mak pergi jauh daripada un. Nak cium pipi mak, nak rasa bau mak.. Mak, kalau mak masih hidup, sekarang umur mak dah dekat 55 tahun. Muda lagilah mak, masih cantik pada pandangan mata un. Bagi un mak adalah wanita yang paling cantik di dunia ni.. hebatkan mak! Mak, un tak berapa ingat sangat kenangan bersama-sama dengan mak dulu. Masa tu un kecil lagilh mak. Baru 7 tahun. Tapi, wajah mak dan abah memang tak pernah padam dari ingatan un mak.. Mak,setiap masa un sentiasa ingat pada mak dan abah. Masa un gembira, masa un sedih, masa un berjaya dalam sesuatu perkara. Kalo boleh semua perkara yang un dapat dalam hidup ni un nak kongsi perasaan un bersama-sama mak dan abah. Un sentiasa tertanya-tanya dalam diri, kalaulah un dalam kesedihan, apa agaknya yang mak akan bagitau kat un supaya un dah tak rasa sedih lagi erk??? Mak tahu, selalu un bayangkan un akan peluk mak bile un dalam kesedihan. Sebab bila un bayangkan keadaan macam tu, rasa sedih un boleh hilang mak.. Mak, un tak tahu sama ada sepanjang un meningkat usia ni un sudah lakukan tanggungjawab un sepertimana yang mak dan abah inginkan. Un sentiasa berdoa pada Tuhan agar Allah selalu memberi kesedaran pada un agar terus berbuat baik. Tapi kadang-kadang tu, ada juga un menipu orang, tak dengar cakap atok, bergaduh dengan kawan, melewat-lewatkan sembahyang. Mak, un minta maaf kalau un membesar dan tidak menjadi seorang anak yang baik sepertimana yang mak harapkan. Tapi, selagi terdaya un akan terus berusaha sedaya upaya un agar terus maju dalam hidup. Un nak tunjukkan pada semua orang inilah anak mak. Inilah waris yang mak tinggalkan di dunia.. Miskipun terlalu banyak kesusahan dan dugaan yang Allah berikan pada un, tapi un yakin pasti Allah berikan un jalan untuk menghadapinya. Mak abah, kalianlah pembakar semangat un selama ni. Walaupun un memang tak mampu nak mendakap, mencium, bercerita bersama-sama dengan kalian berdua tetapi kalian tetap bersemadi di hati un. Mak abah, sentiasalah mak memberi kekuatan dan semangat pada un. Kerana itu sahajalah yang dapat membantu un terus berjaya dalam hidup ni mak. Mak, senyumlah pada un.. Abah, panggillah nama un.. un sayang sangat pada kalian berdua. Ya Allah, aku redha atas pemergian mereka berdua. Cuma aku mengharapkan agar mereka terus bersemadi dengan aman dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.Amin…