Monday, August 17, 2009
Aku & Mereka....
Hari ni ramai pulak kawan-kawan aku telefon bertanyakan khabar berita. Rasa seronok pulak hti nie, yelah dah lama kami saling tak berhubung, tup2 malam2 yang dingin ni di hujani dengan panggilan kawan2 lame.. apa2 pun,tqla korang masih sahabat yang paling aku sayanglah. Alhamdulilah, ramai dah kawan2 seperjuangan kt SKMBG dah bergraduation. Poja di USM, udin di UTM, Farhana, Mizan di Upsi, Rehan di Upm, Dayah, Zati di UUM.. Tahniah pada korang semua,! Semoga pada masa hadapan terus berjaya dalam menempuh alam kerjaya pula.. Tapi dalam berkongi kegembiraan meraikan kejayaan kawan2, rupa2nya dah hampir 24 tahun usia kami. Jadi almaklumlah, usia dah meningkat mungkin dah sampai seru kot.. InssyAllah, lepas raya nanti Ziha akan melangsungkan perkahwinannya… wah, tahniah ziha. Tak sangka betul cepat benar masa nie berlalu. Rasanya baru semalam aku tinggalkan SMKBG tu tup2 masing2 dah ada haluan sendiri.. Paling aku nanti-nantikan majlis kahwin Leha yang dirancang akan dijalankan pada awal tahun depan. Yelah, orang pertama daripada 9 orang budak-budak rumah sewa kat Bukit Gambit (aju,ikin, wati,besah, pijah, dayah, nana, leha dan aku) akhirnya akn memecah tradisi untuk berkahwin dulu… he3.. Banyak pengalaman pahit manis sepanjang duduk kat rumah sewa tu. Paling best time mkan tengahari bawah ampaian (aku,ikin& aju) ade ke patut, tak manis betul anak dara nih,huhuhu… malam2 siap tengok anak bulan kt belakang rumah cina.. betul2 syahdu tahap gabanlah masa tu.. lepas tu, tiap kali birthday budak2 rumah, konon2 wat macm tak tau jer tup2 tepat pukul 12 tgh malam datanglah sebiji kek dengan diiringi nyanyian “HAPPY BIRTHDAY TO YOU” dari budak2 nih.. dapat bertukar hadiah2 best betullah.. tapi itulah nostalgia yang aku tak akan lupa sampai bila2.. kalau nak bercerita tentang pengalaman sepanjang waktu bersekolah di SMKBG memang tak tahulah nak habis sampai bila.. semuanya bagi aku indah2 belaka. Sekurang2nya aku tahu dulu dan kini dah banyak perubahannya. Berubah dari segi sikap, perangai, pemikiran, pergaulan semualah… betullah orang kata zaman persekolahan adalah saat dan waktu yang sangat berharga dalam hidup. Kerana di situlah kita dapat mengenali kawan2 baru, dapat merasai erti persahabatan, gelak tangis bersama2 teman dan guru, dan yang paling best adalah mungkin disitulah kita dapat berjumpa cinta monyet kita,hahahah… malam nih, mase aku tengah tulis blog nih pon ada pulak orang tengah celebrate birthday kat padang za’ba nih.. aduh bestnyer korang,beruntunglah sape punyer birthday tu eh.. oklah, cukup setakat ni dululah yer. . jangan lupa tak sampai lagi seminggu kita dah nak berpuasa. Terasa benar2 cepat waktu tu berlalukan?!! Jadi Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada kalian semua…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yuhuuuuu,saya xdapat p ukm la ari kamis ni cz ada kelas ganti malam kamis
ReplyDeletenanti saya p kita g sambut besday saya k
hahahaha