Saturday, March 28, 2009

Earth Hour

Assalamualikum and very good morning to everyone... Alhamdulilah, masih ada sinar lagi untuk hari esok dalam menjalankan kewajipan kita sebagai khalifah di muka bumi ini..(upss,tetibe jer jadi baik nih).. Bukan ape, petang tadi mase tengah syok2 nak siapkan assigment Dr Silva hujan punyerlah lebat.Dahlah tu, petir pon sambung menyambung dengan bunyi hentaman yang kuat,Ya Allah hebatnyer kekuasaanMu.. bILe dh macam tu,aku teringat satu cerita zaman kecik2 dulu atuk aku ade cerita bile hari hujan dan petir sambung menyambung,itu tandanya Allah tengah pukul syaitan.. Entahlah fakta atau auta tapi bile dengar jer cerita tu betul2 membuat aku rase insaf sejenak..

Oklah, sebenarnyer dh dekat seminggu aku ade dengar pasal "Earth Hour".. korg semua ade dengar x???!! mule2 tu aku just ignore jer benda2 nie semua.. Tapi,bile malam tadi dekat pukul 8.30 mlm aku pelik apsallah blok hostel aku gelap jer nie??!! lepas tu, mase aku ronda2 dengan Qema menaiki motosikal EX5 DAK 3708,he2 menuju ke asrama Burhanudin Hilmi,punyerlah gelap semua bangunan... lepas tu baru aku terfikir oooooh,ni ker maksud Earth Hour.. pas tu aku adelah cari2 maklumat sikit berkaitan dengan kempen Earth Hour nie..

Sebenarnya, Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan semua bangunan sama ada kediaman atau pejabat mematikan lampu atau peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran keatas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007 dan mendapat sokongan dunia pada tahun 2008. Earth Hour berikutnya akan diadakan pada hari Sabtu, 28 Mac 2009 jan 8.30 malam waktu tempatan. Tujuan utama Earth Hour dilancarkan adalah menimbulkan kesedaran terhadap masalah perubahan iklim dan "mengaspirasikan bahawa aksi setiap orang dalam skala besar dapat membantu mengubah planet ini menjadi lebih baik dan bukan mengenai pengurangan tenaga secara spesifik yang dibuat selama jam itu yang diberikan.

Sehingga kini, hampir 82 buah negara dan lebih daripada 2100 buah bandar adalah komited ke Earth Hour 2009, iaitu satu peningkatan yang sangat besar berbanding 35 buah negara untuk Bumi Hour 2008. 1 bilion rakyat seluruh dunia menyokong kempen tersebut hasil daripada persidangan penting yang dijalankan iaitu "Perubahan Iklim Bangsa-bangsa Bersatu 2009. Sebagai penghuni di muka bumi yang prihatin dan memiliki rasa kasih dan sayang kepada bumi, aku merasakan kempen Earth Hour yang dibuat ini wajar disokong dan dilaksanakan bukan setakat di Malaysia sahaja bahkan di seantero dunia juga.. Mengikut laporan yang telah dikeluarkan oleh WWF tahun lalu menunjukkan kesan pemanasan global sekarang lebih cepat berkembang daripada apa yang diramalkan oleh sekumpulan saintis terkemuka dunia.. Oohhh man!!!! betapa buta dan kejamnya aku terhadap isu alam sekitar sekarang.. Ambik jer cos EIA tapi benda2 nie semua aku tak ambil berat pon.. Bagi menebus rasa bersalah dan kecuaian aku nie, sejak dari malam tadi k'orang tak bukak pon lampu bilik nih. Hanya lampu stdy nie jer yang menjadi peneman aku di saat ini,he3.. Ape2 pon betullah,kalo bukan kita yang perlu menjaga dan memelihara bumi ini daripada terus musnah dan binasa,siapa lagi yang hendak diharapkan?!! Jadi,fikir-fikirkanlah... I LUV OUR EARTH!!

No comments:

Post a Comment