Tuesday, October 6, 2009

Kembalikan semangat lama...

Salam pada semua... hari ini 6 Oktber 2009. Nampaknya semakin kerap aku menulis sesuatu di blog aku pada bulan nie...ok, sementara nak start mula buat thesis aku kongsi sikit perasaan aku di blog ini. walaupun aku tak expect orang akan membacanya, tetapi ia sudah memadai bagi aku apabila dapat meluahkannya melalui penulisan di blog ini.. sebenarnya, dalam 2 3 hari ini aku tak tahu mana perginya semangat berkobar2 aku bila nk menulis thesis nie.. dah tak ade excitednya... xder lg auranya... ,mana ia menghilang erk? macam mana aku nak kembalikanya semula...?!!! pelik?!!! bayangkan tinggal lg 2 bulan lg semester 3 akan berakhir, tp progress untk aku pnyer proposal pn x seberapa bgus sgt.. Ya Allah, kenapalah aku jd begini... aku harap sangat semester ini adalah semester yg paling mengembirakan aku.. Aku akan berusaha juga untuk habiskan stdy aku pada sem ini. Jadi aku benar2 mengharapkan keredhaan serta pertolongan dari Mu Ya Allah... aku dah tak boleh buang masa.. walaupun hari 13 oktber makin dekat, tapi aku lebih bersedia untuk mengejar cita-citaku berbanding cinta pada dia... betulkah dia adalah pilihan yg terbaik untukku?!!!

Friday, October 2, 2009

kelu... kedu....sesal

salam... hr nie dah masuk 2 oktober, nampaknya masih ada lebih kurang 11 hari lagilah usia aku genap 24 tahun... Sebenarnya aku tak tahu macm mana nk jelaskan apa yang aku rasa... korang pernah tak rasa menyesal atas kecuaian korang sendiri?!!! baru2 nih aku baru jer alaminya.. semalamlah.. tu semua gara2 terlalu excited nk bershoping di jusco setiawangsa... penyesalan yg aku xakan lupa mungkin buat masa terdekat nie kot... tp sorylah apa yg berlaku memang aku xleh nak kongsikan bersama, mungkin ia menjadi rahsia diantara aku, qema n adik akulah...hahaha... sampai sekarang aku rasa jiwa aku macam kosong.. fikiran aku melayang entah kemana.Aduh, kalolah aku tengah angau bercinta buat masa sekarang niekan best,hihihi...tp yelah orang kata semua yang berlaku pasti ada hikmahnya... tp bg diri aku nk menerima keadaan yng sebenar bukanlah semudah seperti yang diperkatakan... hingga kini aku masih berusaha memujuk hati aku yang entah bilalh boleh menerima hakikat yang sebenar tentang perkara itu... ada sesiapa yang boleh tunjukkan aku bagaimana caranya nak rasa happy semula?!!! plezzz i need it...oklah, aku ingt mls nk layan rasa hati nih.aku nk siapkan kerja aku dulu k.. aku harap apa yang berlaku boleh mengajar aku tentang sesuatu perkara di kemudian hari nanti.. ok, babai..

Wednesday, September 30, 2009

Berdebarnya hari nie....

salam.... dah dekat seminggu kita semua beraya, aku pon dh 4 hari kembali semula ke ukm.. seperti biasalah, asgment + RA + thesis sentiasa menunggu untuk disiapkan. Pagi nie aku bgun taklah pagi sangat pon dalam pkul 930 pg cm tu. tp pas aku relax2 baca paper tetiba jer hati aku nie rasa berdebarnya.... apsal erk?ade orang nak masuk minang aku ker?hahaha, x mungkin cz xder sesiapa pon yg berminat kt aku skrg nih... Ya Allah aku berdoa agar hari ini berjalan dengan lancarnyalah. Elakkanlah aku,keluargaku serta kawan2ku dari segala musibahMu.. Amin... Oklah, aku nak pg mandi dlu k. Kejp g Qema dah nak sampai dr UPSI. ingt nk bawak die round2 kl pas nih,huhuhu.Harap2 seronoklah kami sepanjang hari nie........bye2

Tuesday, September 15, 2009

4 hari lagi...

Salam, erm sebenarnya sekarang aku tengah nak siapkan asgmnt En. Zaini. Dah berapa hari asyik tertangguh jer. Idea tak der + keliru point yg nak di masukkan + jiwa kacau + malas + mood nak beraya,hehehe... Itu antara sebab2 kenapa asgmnt nie tak juga siap2.. Tp aku tekad, hr nie mesti siap juga, harap2lah.. Cz aku still ade 1 lg paperwork nk dibuat bfore aku balik raya nie.. InssyAllah semuanya berjalan lancar.oklah, tinggal 4 jer hari semua umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. sekarang pon aku dah benar2 terasa aura nak beraya..huhuhu.Jadi makin kuatlah reason y aku kene juga siapkan semua kerja bfore balik kampong hari Jumaat nie.. Macam biasalah, balik kampong kt SRI LEDANG.. itulah satu2nya kampong yang aku ada.. Syukur walaupun, semua adik beradik sudah semakin meningkat dewasa tapi atok masih sihat dan kuat. walaupun kadang2 sakit kakinya ada menyerang, tp Alhamdulilah taklah melarat hingga berhari2.. Ya Allah, aku harap kau panjangkanlah usia atok aku dah kekalkan dia dalam keadaan yang sihat walafiat, murahkan rezekinya serta gembirakan hatinya selalu.. Amin.Raya nanti pon banyak perkara2 yang best akan berlaku. 1st, ikin kawan baik aku sendiri akan bertunang pada raya ke-6 nanti. Wahhh, mesti ko membilang waktu jer sekarang erk?!!! Ape2 pon, aku happy sesangat sebab sekurang2nya antara kami bertiga, kau jadi pencetus yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan. Second, satu2nya abang aku pon dah nak bertunang juga raya ke-7 nie.. Tak lama lagi keluarga kami akan mendapat ahli baru..Kiranya aku akan bakal mendapat kakak ipar barulah nie.. Tahniah ayob. Wow, nampaknya semua orang benar2 sudah meningkat dewasa.. Aku? huhuhu InssyAllah satu hari nanti k. Apa yang penting, aku ingin mengapai cita-cita aku dulu..Aku yakin, cinta yang aku cari sedang menunggu aku di luar sana.. mungkin satu hari nanti, aku bakal bertemu ADAM yang benar2 tercipta untukku... Oraitlah, time up.. back to my work. Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua, Maaf Zahir & Batin. semoga kita bertemu lagi... babai

Thursday, September 3, 2009

Demam ker?!!

Salam... Lamenyer aku tak menulis sesuatu di dalam blog kesayangan aku nih.. BZ?!! mungkin juga.Yelah, sejak2 dh dpt kerja part time nie masa banyak dihabiskan untuk mencari bahan-bahan maklumat berbanding untuk mencari keseronokan.Sebenarnya dah dekat 3 hari batuk aku tak hilang2 nie. Dari sehari ke sehari hasrat nak pergi Pusat Kesihatan asyik tertangguh jer.. mula2 tu hari hujan, pastu sbuk nk siapkan artikel lah.. last2 sampai ke sudah aku juga yg terpaksa menahan sakt tekak nie sendiri,he tak perlah, esok aku dh nekad nk pg jugak PK tu. kali nie ape nk jadi pon jadilah..huhuhu erm, ape lh erk nk tulis?!! Lg 2 minggu aku nak balik kampung hantar adik aku bercti.. pas nie pon cti sem raya dh nak bermula.. sekurang-kurangnya bile dah ramai adik beradik berkumpul kat kampung tu, sekurang2nya terubatlah rasa kesunyian atok di rumah..hehehe.. Sabar yee tok, tinggal 1 minggu jer lg un balik kampung ehh.. nanti bolehah kit berbuka pose same2 di kampong... Balik kali nie, sudah pastilah bersama2 adam kesayanganku..huhuhu. InssyAllah doakan keselamatanku sepanjang perjalanan pulang dan kembali semula ke ukm...Amin!

Monday, August 17, 2009

Aku & Mereka....

Hari ni ramai pulak kawan-kawan aku telefon bertanyakan khabar berita. Rasa seronok pulak hti nie, yelah dah lama kami saling tak berhubung, tup2 malam2 yang dingin ni di hujani dengan panggilan kawan2 lame.. apa2 pun,tqla korang masih sahabat yang paling aku sayanglah. Alhamdulilah, ramai dah kawan2 seperjuangan kt SKMBG dah bergraduation. Poja di USM, udin di UTM, Farhana, Mizan di Upsi, Rehan di Upm, Dayah, Zati di UUM.. Tahniah pada korang semua,! Semoga pada masa hadapan terus berjaya dalam menempuh alam kerjaya pula.. Tapi dalam berkongi kegembiraan meraikan kejayaan kawan2, rupa2nya dah hampir 24 tahun usia kami. Jadi almaklumlah, usia dah meningkat mungkin dah sampai seru kot.. InssyAllah, lepas raya nanti Ziha akan melangsungkan perkahwinannya… wah, tahniah ziha. Tak sangka betul cepat benar masa nie berlalu. Rasanya baru semalam aku tinggalkan SMKBG tu tup2 masing2 dah ada haluan sendiri.. Paling aku nanti-nantikan majlis kahwin Leha yang dirancang akan dijalankan pada awal tahun depan. Yelah, orang pertama daripada 9 orang budak-budak rumah sewa kat Bukit Gambit (aju,ikin, wati,besah, pijah, dayah, nana, leha dan aku) akhirnya akn memecah tradisi untuk berkahwin dulu… he3.. Banyak pengalaman pahit manis sepanjang duduk kat rumah sewa tu. Paling best time mkan tengahari bawah ampaian (aku,ikin& aju) ade ke patut, tak manis betul anak dara nih,huhuhu… malam2 siap tengok anak bulan kt belakang rumah cina.. betul2 syahdu tahap gabanlah masa tu.. lepas tu, tiap kali birthday budak2 rumah, konon2 wat macm tak tau jer tup2 tepat pukul 12 tgh malam datanglah sebiji kek dengan diiringi nyanyian “HAPPY BIRTHDAY TO YOU” dari budak2 nih.. dapat bertukar hadiah2 best betullah.. tapi itulah nostalgia yang aku tak akan lupa sampai bila2.. kalau nak bercerita tentang pengalaman sepanjang waktu bersekolah di SMKBG memang tak tahulah nak habis sampai bila.. semuanya bagi aku indah2 belaka. Sekurang2nya aku tahu dulu dan kini dah banyak perubahannya. Berubah dari segi sikap, perangai, pemikiran, pergaulan semualah… betullah orang kata zaman persekolahan adalah saat dan waktu yang sangat berharga dalam hidup. Kerana di situlah kita dapat mengenali kawan2 baru, dapat merasai erti persahabatan, gelak tangis bersama2 teman dan guru, dan yang paling best adalah mungkin disitulah kita dapat berjumpa cinta monyet kita,hahahah… malam nih, mase aku tengah tulis blog nih pon ada pulak orang tengah celebrate birthday kat padang za’ba nih.. aduh bestnyer korang,beruntunglah sape punyer birthday tu eh.. oklah, cukup setakat ni dululah yer. . jangan lupa tak sampai lagi seminggu kita dah nak berpuasa. Terasa benar2 cepat waktu tu berlalukan?!! Jadi Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada kalian semua…

Saturday, July 25, 2009

Rinduku pada mereka...

Mak apa yang mak tengah buat sekarang erk? Mak un ada banyak cerita yang nak bagitau kat mak. Kalaulah mak ada bersama-sama un sekarang nih, un nak sangat peluk mak kuat2. Tak nak biar mak pergi jauh daripada un. Nak cium pipi mak, nak rasa bau mak.. Mak, kalau mak masih hidup, sekarang umur mak dah dekat 55 tahun. Muda lagilah mak, masih cantik pada pandangan mata un. Bagi un mak adalah wanita yang paling cantik di dunia ni.. hebatkan mak! Mak, un tak berapa ingat sangat kenangan bersama-sama dengan mak dulu. Masa tu un kecil lagilh mak. Baru 7 tahun. Tapi, wajah mak dan abah memang tak pernah padam dari ingatan un mak.. Mak,setiap masa un sentiasa ingat pada mak dan abah. Masa un gembira, masa un sedih, masa un berjaya dalam sesuatu perkara. Kalo boleh semua perkara yang un dapat dalam hidup ni un nak kongsi perasaan un bersama-sama mak dan abah. Un sentiasa tertanya-tanya dalam diri, kalaulah un dalam kesedihan, apa agaknya yang mak akan bagitau kat un supaya un dah tak rasa sedih lagi erk??? Mak tahu, selalu un bayangkan un akan peluk mak bile un dalam kesedihan. Sebab bila un bayangkan keadaan macam tu, rasa sedih un boleh hilang mak.. Mak, un tak tahu sama ada sepanjang un meningkat usia ni un sudah lakukan tanggungjawab un sepertimana yang mak dan abah inginkan. Un sentiasa berdoa pada Tuhan agar Allah selalu memberi kesedaran pada un agar terus berbuat baik. Tapi kadang-kadang tu, ada juga un menipu orang, tak dengar cakap atok, bergaduh dengan kawan, melewat-lewatkan sembahyang. Mak, un minta maaf kalau un membesar dan tidak menjadi seorang anak yang baik sepertimana yang mak harapkan. Tapi, selagi terdaya un akan terus berusaha sedaya upaya un agar terus maju dalam hidup. Un nak tunjukkan pada semua orang inilah anak mak. Inilah waris yang mak tinggalkan di dunia.. Miskipun terlalu banyak kesusahan dan dugaan yang Allah berikan pada un, tapi un yakin pasti Allah berikan un jalan untuk menghadapinya. Mak abah, kalianlah pembakar semangat un selama ni. Walaupun un memang tak mampu nak mendakap, mencium, bercerita bersama-sama dengan kalian berdua tetapi kalian tetap bersemadi di hati un. Mak abah, sentiasalah mak memberi kekuatan dan semangat pada un. Kerana itu sahajalah yang dapat membantu un terus berjaya dalam hidup ni mak. Mak, senyumlah pada un.. Abah, panggillah nama un.. un sayang sangat pada kalian berdua. Ya Allah, aku redha atas pemergian mereka berdua. Cuma aku mengharapkan agar mereka terus bersemadi dengan aman dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.Amin…